TARIK SUBSIDI : IDRIS KATA BANGKRAP, ADEK KATA TIDAK

Siapa yang betul anak Pak Jala atau Adek. Seorang kata negara boleh bangkrap kalau kerajaan teruskan subsidi minyak seorang kaya tidak bangkrap.

Ternyata pimpinan kerajaan BN ini bercakap ikut sedap mulut tanpa kajian terperinci dan teliti.

Hari ini Adek anak kebanggaan Pak Hussin dari Bachok berkata Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan.

Beliau berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.

Ternyata kerajaan BN tertekan dengan kenyataan Idris Jala yang mungkin tersilap kerana membuka pekung sendiri sehingga menyatakan bahawa subsidi minyak mesti ditarik jika mahu melihat Malaysia tidak bangkrap.

Kenyataan Idris ini menimbulkan polemik yang dahsyat dimana ianya membuktikan bahawa kedudukan kewangan negara amat goyah dan bergantung kepada belas ihsan rakyat.

Mungkin itulah sebabnya Adek terpaksa mengeluarkan kenyataan yang 360 darjah berbeza dengan kenyataan Idris.

Comments

mi-phg said…
ADEK AWANG KATA GITU PASAL NAK AMBIL HATI PENGUNDI BACOK SEBAB SEBELUM ITU DIA KATA NAK BAGI LESEN JUDI KAT VT, .ORG BACOK BERDEMO BEPAN RUMAH DIA.ADEK AWANG NI LEBIH TAKUT KPD PENGUNDI DARI ALLAH.
HantuKampung said…
burungmerbok.blogspot.com