SIANG HARI BAKAR BENDERA ISRAEL, MALAM 'TIDUR' BERSAMA APCO

Ramai pihak mempertikaikan tindakan Pemuda BN yang membakar bendera Israel kerana marah atas tindakan regim Yahudi itu menyerang dan membunuh anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza beberapa lalu.

"Siang bakar bendera, malam 'tidur' dengan APCO, syarikat Yahudi yang mendapat kontrak perkhidmatan dari kerajaan BN", kata Abdullah dari Batu Berendam.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Abdullah kerana sehingga kini kerajaan BN belum lagi memberikan kenyataan rasmi memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin di atas tindakan mereka 'menghadiah'kan projek kepada syarikat negara laknatullah tersebut.

"Jangan hipokrit dan bersifat talam dua muka, malah sebelum ada pihak yang sanggup bertemu dengan menteri Israelm, itupun mereka tak minta maaf lagi kepada rakyat Malaysia dan Palestin" ujar Mohamad dari Durian Tunggal.

Semalam para pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan berhenti menggunakan perkhidmatan syarikat perunding Apco Worldwide dan syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengan Israel selaras dengan pendirian negara mengutuk tindakan negara Zionis itu melancarkan serangan maut ke atas kapal bantuan kemanusian ke Gaza.

Delegasi yang terdiri daripada anggota Pemuda PAS dan PKR itu, menyerahkan nota bantahan tersebut kepada pegawai khas kepada Perdana Menteri, Razali Ibrahim di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini di bawah pengawasan ketat kira-kira 20 anggota polis dan pegawai keselamatan.

Delegasi tersebut diketua oleh Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan turut disertai setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohd dan ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anwar.

Comments