SEMUA AGAMA HARAM JUDI - USTAZ IDRIS

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata selepas Tuan Guru Nik Aziz diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dahulu, beliau telah memanggil semua ketua-ketua agama di Kelantan untuk membincangkan tentang arak dan judi.

"Beliau bertanya kepada semua ketua-ketua agama tersebut tentang hukum judi di sisi agama mereka. Paderi Kristian menjawab judi haram di sisi kristian, Sami Buddha menjawab judi haram pada agama buddha, Hindu juga sama mengharamkan judi"

"Masalahnya sekarang Umno mengHALALkan judi bola. Jadi Umno ini AGAMA apa?" tanya Ustaz Idris.

Beliau berkata demikian pada ceramah penerangan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi.

Ustaz Idris juga kesal dengan sikap ustaz-ustaz dalam Umno hanya diam membisu dalam hal judi bola ini.

"Tidak ada seorang pun ustaz Umno yang berani bersuara menentang tindakan Najib meluluskan lesen judi bola ini"

"Ustaz Umno ini dalam mulut mereka penuh dengan 'sagon' mereka tidak boleh bercakap takut-takut pangkat dan kedudukan mereka ditarik balik' ujar Ustaz Idris.

Turut berceramah bersamanya malam tadi ialah Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Comments

mekjah said…
'ustaz UmNo' baca Utusan jah..sebab tu dok leh comment...berita dok sampai..
mekjah said…
'Ustaz UmNo' baca utusan jah..sebab tu dok leh comment..berita hal judi tak dok..
mi-phg said…
DEPA BENCI DLM HATI JE SEBAB MASHYUK