Naib Presiden PAS, Dato Hj Mahfuz Omar mengharapkan kerajaan menilai semula hasrat untuk membangunkan Kem Sungai Besi kerana ianya sangat penting kepada sistem pertahanan negara.
"Adalah tidak munasabah untuk menukarkan Kem tersebut menjadi pusat komersil dan pada masa yang sama terpaksa membangunkan kem baru yang sudah tentu akan memakan masa yang lama untuk disiapkan" tegas Mahfuz.
"Kem ini juga sangat strategik tempatnya dan memindahkan kem ini ke tempat yang jauh dan tidak strategik merupakan tindakan yang tidak bijak" ujar beliau.
Selain itu menurutnya, ada pihak yang memberitahunya bukan mudah untuk mendapat tempat strategik dan sesuai untuk dibuat kem di mana ianya menjadi tempat pengumpulan maklumat dan sistem radar yang meng'syncronize'kan maklumat antara sesama kem tentera udara di Malaysia ini.
"Saya diberitahu bahawa untuk meng'syncronize'kan maklumat itu dalam masa 2 saat sebagaimana yang dimahukan oleh standard ianya memakan masa 10 tahun baru dapat"
"Setelah kita mendapat tempat yang strategik dan berkesan macam kem Sungai Besi ini, kita nak roboh dan jadikan tempat komersil pula" tambah Mahfuz.
Katanya, banyak lagi kawasan lain yang boleh dijadikan pusat komersil dan tindakan mengorbankan kem Sungai Besi sebenarnya adalah tindakan kurang bijak dan mengundang bahaya.
Mahfuz berkata demikian pada program ceramah umum anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Ayer Molek di Pejabat PAS Cawangan Bukit Lintang.

Comments