PAS TERUS DAPAT SAMBUTAN

PAS Kawasan Bukit Katil terus berkembamg maju apabila satu lagi cawangan ditubuhkan secara rasmi dengan mendapat kelulusan ROS baru-baru ini. PAS Cawangan Taman Bukit Lintang, DUN Ayer Molek dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato Haji Mahfuz Omar malam tadi. Setelah berjaya mendapat kira-kira 30 orang ahli sebelum ini, malam tadi 50 borang keahlian lagi diserahkan kepada Mahfuz.

Upacara ringkas perasmian dan penyerahan borang disempurnakan oleh Mahfuz yang menerima borang dari Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Lintang, Hj Ismail Ahmad sempena ceramah umum anjuran MTD Ayer Molek dan PAS Kawasan Bukit Katil bertempat di Pejabat PAS Cawangan Taman Bukit Lintang.

Dalam kenyataan ringkasnya Hj Ismail melahirkan rasa syukur di atas penubuhan cawangan baru ini selain dari sambutan hebat dari masyarakat setempat yang secara terbuka menjadi ahli PAS.

Penubuhan cawangan baru, kata Hj Ismail membuktikan bahawa rakyat terus mahu bersama PAS dan menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan PAS sudah ketandusan penyokong dan semakin ditolak oleh rakyat.

Comments