PAS KAWASAN BUKIT KATIL CADANG SIDANG DUN TERGEMPAR

PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan kerajaan negeri Melaka memanggil Sidang DUN tergempar bagi mengutuk tindakan Israeil membunuh dan mencederakan flotila aman Mavi Marmara semalam. Serangan kejam tersebut menyebabkan 19 terbunuh dan lebih 70 orang anggota rombongan tersebut tercedera.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini berkata Sidang Khas tergempar DUN Melaka ini penting bagi menggambarkan penentangan dan rasa kesal rakyat negeri ini di atas tindakan kejam Yahudi Zionis yang menyerang rombongan tersebut yang tidak mempunyai senjata.

'Pimpinan dan rakyat negeri Melaka mesti menyampaikan mesej bantahan ini melalui usul khas yang boleh dibincangkan di dalam Sidang DUN tersebut'.

"PAS Kawasan yakin semua ADUN tidak kira kerajaan atau pembangkang akan menyokong penuh usul mengutuk Yahudi Zionis ini' tegas Yusof.

Yusof juga memohon campurtangan kerajaan Malaysia dalam hal ini. Kerajaan Malaysia juga mesti memanggil Sidang Parlimen khas bagi membincangkan usul penting kepada seluruh umat dunia.

'Serangan terhadap kapal induk misi tersebut jelas menunjukkan kebiadapan Yahudi Zionis yang membelakangkan batas kemanusiaan'

'Mereka menyerang konvoi tersebut yang tidak mempunyai senjata dan tidak berniat untuk berperang dan mencari musuh' ujar Yusof.

'Sesungguhnya tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan dan umat manusia seluruh dunia mesti bangkit mengutuk serangan tersebut dan berusaha untuk mengajar Israel supaya tidak bertindak sedemikian rupa pada masa akan datang'

Menurutnya PBB jangan hanya menjadi tunggul kayu memerhatikan apa sahaja tindakan Yahudi Israel tanpa langkah yang drastik untuk mengajar Israel yang merupakan manusia berhati binatang.

Comments

mi-phg said…
MUSTAHIL KERANA UMNO SEDANG BERDENGKOR DAN BERMIMPI BERSAMA APCO