Ternyata MIC dan PPP telah dibelakangkan oleh BN. Buktinya calon untuk PRK Hulu Selangor pilihan MIC ialah Palanivel tetapi BN memilih Kamalanathan. Keputusan MIC ditolak mentah-mentah oleh pemimpin BN.
Bagi PPP pula pengumuman rombakan kabinet benar-benar mengguriskan hati Presidennya, Kayveas kerana musuh ketatnya T Murugiah masih dikekalkan sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri walaupun Murugiah telah lama dipecat dari PPP.
Semalam Kayveas mempertikaikan tindakan Perdana Menteri mengekalkan Murugiah sebagai Timbalan Menterinya walaupun seorang pemimpin PPP iaitu Datuk Maglin Dennis D'cruz dipilih sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Sudah sampai masanya bagi PPP dan MIC menilai semula keanggotaan mereka di dalam BN kerana terbukti kehadiran mereka dalam BN tidak dinilai dan disanjung oleh BN sendiri.

Comments
Kalau Palanivel dipilih hang kata dia dah tua pulak. Kalau Kaveas di pilih hang kata dia samseng pulak.
Hang memang tukan spin no satu PAS. Tapi spin tak ada otak punya...
Mintak ulas sikit....