KUCING PARSI LEBIH PENTING DARI JUDI BOLA?

Perdana Menteri meminta rakyat memberi cadangan untuk menamakan kuing parsi yang baru dibelinya. Memang tidak ada masalah untuk meminta rakyat memberi nama kepada kucing parsi atau apa sekalipun. Namun demikian bagi blog ini terlalu banyak isu dan perkara yang lebih penting yang rakyat mahukan dari Najib dan mahu Najib lakukan.

Kucing parsi tidak memberi apa-apa impak kepada rakyat dan negara. Membeli kucing parsi tidak berdosa. Pemimpin membeli kucing parsi tidak berdosa dan rakyat yang mengundi dan mengangkat pemimpin yang membeli kucing parsi tidak berdosa.

Masalahnya ialah bagaimana dengan pemimpin yang mengHALALkan lesen JUDI BOLA.

Bagaimana dengan rakyat yang mengundi pemimpin yang mengHALALkan lesen JUDI BOLA.? Ini yang rakyat musykilkan. Rakyat mahu pemimpin yang mengHALALkan lesen JUDI BOLA ini supaya memansuhkan JUDI BOLA supaya rakyat tidak gusar dan ragu-ragu takut-takut mereka juga mendapat 'SAHAM' meluluskan lesen JUDI BOLA yang jelas DIHARAMKAN oleh Islam.

Kucing Parsi memang comel dan tidak memberi impak dosa kepada rakyat dan tuan yang membelinya jika ia dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Bagaimanapun LESEN JUDI BOLA memberikan impak yang besar kepada rakyat bukan sahaja di dunia malah di AKHIRAT.

Ini sebenarnya yang rakyat pinta dan tagih dari Najib bukannya memberi nama kepada Kucing Parsi Najib.

Comments