Mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu menyaksikan seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).
Menurut sumber-sumber dalaman, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' Wahabi, selain dari bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya.
Ditemui oleh Malaysiakini di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi, Tuan Guru Abdul Hadi berkata cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda Barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.
Katanya, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.
"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda Barat dan musuh Islam," katanya Tuan Guru.
Kita mesti berhati-hati dengan agenda musuh-musuh Islam dan kuncu-kuncunya yang juga ramai beragama Islam. Mereka menggunakan isu pengganas untuk meraih sokongan dan merosakkan imej pejuang-pejuang Islam.

Comments