JUDI BOLA :MEDIA BANYAK BERITA TANGKAPAN UNTUK HALALKANNYA

Media arus perdana setiap hari memaparkan berita tangkapan pesalah judi bola yang haram disisi Umno/BN. Tangkapan demi tangkapan dibuat bagi menunjukkan bahawa judi bola ini sukar dikawal jika tidak diberi lesen. Polis pula dilihat begitu serius menangkap pesalah judi bola.

Apa muslihatnya berita sebegini disensasikan. Ada pihak merasakan ia disensasikan untuk menunjukkan bahawa kegiatan judi bola ini sangat kronik dan perlu di kawal dengan memberikan lesen. Jadi dengan memberi lesen maka mudahlah ia dikawal dan kerajaan pun dapat duit banyak, itulah pandangan kerajaan BN dan Mahathir.

Mungkinkah berita sebegini akan terus dipaparkan bagi menghalalkan lesen judi bola ini.?

Dengan memasakkan berita sebegini di dalam otak rakyat mungkin mereka ini menyangka akhirnya rakyat akan berfikir bahawa memang ada logik dan asasnya mengapa judi bola ini mesti dihalalkan dengan diberikan lesen.

YANG JELAS MUNGKIN HALAL DI SISI UMNO/BN TETAPI TETAP HARAM DISISI ALLAH.

Comments

mangchikla said…
esok esok kene buat bnyk tngkpn pelacur utk halalkan pelacuran plak :D