HAJI HUSSIN JANGGI JASAMU DIKENANG

Pagi Ahad lalu kita mendapat satu lagi berita sedih apabila Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Haji Hussin Janggi pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Bukit Baru - Duyong petang Sabtu lalu.

Diberitakan beliau baru pulang dari menghadiri kenduri walimatul urus anak Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka Dr Khatijah Jumangat. Beliau telah dilanggar oleh seorang penunggang motosikal ketika beliau menunggang motosikal melintasi jalan tersebut untuk pulang ke rumahnya di Bukit Piatu.

Semasa hayatnya beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya berbakti kepada perjuangan Islam sebagai Ketua PAS Cawangan dan Pengerusi PASTI Bukit Piatu. Beliau telah diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Bukit Katil beberapa penggal.

Kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh pencinta perjuangan Islam dan PASTI Bukit Piatu.

Semoga roh Allahyarham Haji Hussin ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan solihin. Al Fatihah.

Comments

innalillahhiwainailaihirojiun ..
semoda Allah mencucuri roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang syahid