CUCI TONG NAJIS DENGAN MASUK KE DALAMNYA, BETUL KE CARA TU???

Salah seorang yang dikatakan Ulama yang masuk menjadi ahli Umno iaitu Fadlan Mohd Othman berkata bahawa kemasukan mereka ke dalam UMNO telah dilakukan selepas pelbagai perbincangan dan penelitian dibuat termasuk mengambil pandangan ulama yang lebih senior.

Tujuan utama mereka memasuki UMNO adalah untuk berdakwah dari dalam, untuk kebaikan ahli-ahli UMNO yang kami rasakan amat subur untuk proses peningkatan ilmiah, keagamaan dan kerohanian.

Seterusnya beliau berkata mereka hanya ingin mengambil peluang dan menerima janji pihak atasan UMNO yang ada menawarkan ruang luas untuk kami berdakwah. Dengan izin Allah jua, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menepati prinsip Ahli al-Sunnah wal-Jama‘ah dalam menyebar kebenaran dan berdakwah.

Seperti kata Prof Hamirdin di dalam blognya bahawa jawapan yang diberikan Fadlan sama dengan jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menyertai Umno di awal tahun 80-an. Selepas dinasihati oleh sahabat-sahabatnya Anwar berkeras untuk masuk Umno dan yakin akan dapat memperbaiki Umno. Akhirnya lihatlah apa yang terjadi kepada Anwar. Nampaknya Fadlan cuba mengikut jejak langkah Anwar.

Bukan mudah untuk mencuci tong najis. Apatah lagi kalau kita mencucinya dengan masuk ke dalam Tong Najis sudah pasti kita akan terpalit sama dengan najis dan akan busuk dan membusukkan semua orang.

Comments

Yong said…
Buang masa bagi ruang untuk demer yang ngaku ulama ni jadi popular atau dapat simpati. Jadi lebih baik tak payah layan deme. Lebih banyak kita layan demer, lebih banyak publisiti deme dapat dari media hampeh. Bior je demer terojen dengan labu2 busuk demer.