BN AMAL DASAR PERKAUMAN, PAS TERBUKA PADA SEMUA KAUM

Pas tidak amal dasar perkauman

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Pas tidak pernah mengamalkan dasar perkauman dan radikal dalam perjuangannya, sebaliknya ia menjadi label negatif yang dipakaikan media massa.

Menurutnya, jika Pas sebelum ini dilabel sebagai perkauman dan radikal, tuduhan itu seolah-olah bertukar dan dipakai pula golongan yang dulunya mendakwa liberal.

“Pas tidak pernah bersikap perkauman sejak dahulu hingga ke hari ini. Label negatif yang dipakaikan media massa langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti yang tuduhan itu tidak berasas.

“Perjuangan Pas bukan mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman sempit, tetapi mengajak manusia untuk abdikan diri kepada Allah selaku pencipta alam semesta,” katanya.

Kenyataan beliau dipetik dari sebuah media yang disiarkan hari ini.

Ternyata kepada kita bahawa BN (Umno, MCA dan MIC) sebenarnya tidak pernah lekang dari dasar perkauman yang sekarang ini ditolak oleh rakyat. Sebaliknya PAS dan PR sentiasa terbuka dan berjuang untuk semua kaum. Malah PAS sebelum ini yang dilihat tertutup dan hanya untuk orang Islam dan Melayu membuktikan keterbukaannya apabila membuka pintu kepada orang bukan Islam untuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS, sayap terbaru PAS.

Comments