AWAS! HARGA BARANG KAWALAN AKAN NAIK – SALAHUDDIN

Harga barangan kawalan akan dinaikkan oleh kerajaan BN bagi menampung ‘kerugian’ mereka kerana menarik balik lessen judi bola baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub berkata kerajaan akan ‘membalas dendam’ kepada rakyat yang bangkit menentang pemberian lesen judi bola dengan menaikkan harga barang kawalan seperti tepung, gandum, gula dan sebagainya.

Langkah ini kemungkinan besar akan dilakukan kerana kerajaan gagal mendapat wang yang banyak hasil dari cukai judi bola yang dibatalkan lesennya kerana penentangan rakyat.

“Awas semua rakyat kerajaan akan menaikkan harga barang kawalan bagi menampung kerugian kerana lesen judi bola dibatalkan, kerajaan sudah pasti marah dan berang dengan rakyat”

“Itulah sahaja jalan paling mudah untuk kerajaan mendapat wang dengan segera, akhirnya rakyat akan menjadi mangsa” ujar Salahuddin.
Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Pejabat PAS Bukit Baru Dalam malam tadi.

Comments