20 OKTOBER 2010 (20/10/2010), MAMPUKAH MELAKA MENJADI NEGERI MAJU

Kerajaan negeri Melaka memilih tarikh 20 Oktober 2010 (20/10/2010) untuk mengumumkan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju. Persoalannya mampu Melaka mencapai status negeri maju sedangkan terlampau banyak masalah yang masih belum diatasi oleh kerajaan negeri.
Antara masalah utama ialah :-
i) Masalah banjir yang terus melanda banyak kawasan bila hujan lebat
ii) Masalah maksiat dan social yang terus membelenggu negeri ini
iii) Hutang negeri Melaka kepada kerajaan pusat masih di tahap tinggi
iv) Dasar diskriminasi dan pilih kasih pimpinan negeri ini terhadap PR dan rakyat yang menyokong PR yang tidak melambangkan minda kerajaan negeri yang maju
v) Masih ramai rakyat miskin dalam ertikata sebenarnya jika paras garis kemiskinan ialah pendapatan isirumah sebanyak RM1,500 bukannya RM750.

Comments

UMCO said…
nk maju ap kejadahnya... longkang tersumbat pn nk mintak japerun dgn jkkk settlekn.. Sape tu JKKK dgn Japerun?