Apa yang hendak dihairankan jika 100 orang Ulama' didakwa akan masuk Umno dalam masa terdekat. Sekarang ini pun mereka sememangnya sudah menyokong Umno. Tidak ada apa yang pelik kerana mereka sudah lama mengiya dan meng'halal'kan apa yang dilakukan oleh Umno.
Mana suara 'ulama' ini ketika Umno/BN meluluskan lesen judi bola, menghalalkan program-program berunsur maksiat, menghalalkan riba dalam sistem kewangan negara, menghalalkan undang-undang bukan Islam diamalkan, menghalalkan lesen arak, judi dan lain-lain.
Mana suara ‘ulama’ ini menasihat dan menegur pemimpin Umno dan keluarga mereka yang tidak menutup aurat dan sebagainya.
Kalau ‘ulama’-‘ulama’ ini sudah berdiam diri dan menhalalkan apa yang Umno/BN lakukan maka tidak hairanlah mereka sudah tentu bila-bila masa boleh menyertai Umno dan mengumumkan keputusan menyertai Umno.
Pengumuman mereka menyertai Umno tidak menghairankan PAS dan rakyat Malaysia kerana mereka sememangnya sudah lama menyokong Umno. Kalau Dr Asri menyertai Umno sekalipun kita juga tidak hairan kerana beliau pernah berkhidmat dengan kerajaan Umno/BN Perlis sebagai Mufti.

Comments