SYED AZIDI PULA JADI AYAM SABUNG BN/UMNO

BN/Umno akan terus menggunakan ayam sabung jadian mereka untuk menggambarkan keburukan lawannya PR samada PAS, PKR atau DAP.

Seorang demi seorang di jadikan ayam sabung walaupun 'kokokan' ayam sabung tersebut belum tentu betul. Yang penting bagi Umno/BN siapa yang sanggup jadi ayam sabung mereka akan ditatang bagai minyak yang penuh dalam jangkamasa tertentu, tidak lama cuma untuk mencemarkan persepsi rakyat kepada lawan mereka.

Sehari dua ini Syed Azidi atau Kickdefella pula dijadikan ayam sabung untuk memburuk-burukkan PAS. Dengan modal RM4 jutanya beliau menjaja ke sana ke mari keburukan PAS walaupun bagi saya ianya tidak apa cacat celanya kerana RM4 juta itu bukan duit yang rasuah, duit songlap dan duit rompakan. Bagaimana pula dengan kes yang melibatkan ratusan dan puluhan juta seperti kes PKFZ, kapal Selam dan lain-lain. Mengapa ianya tidak disiasat secara telus dan dilaporkan kepada umum.

RM4juta pula digunakan selama 3 tahun .......bagaimana dengan wang ratusan juta dihabiskan dalam masa seminggu pada setiap kali kempen pilihanraya kecil.

Comments

teratailiar said…
x berapa tepat tuan...
ayam sabung UMCO...
UMNO(BARU) dah tak wujud sejak April 2009...
UMNO dah tak wujud sejak 1988...