Hari ini,saya (Ahmad Nizam Abdul Hamid) bersama-sama dengan Al-fadhil Dato Ustaz Tuan Ibrahim b Tuan Man (Naib Presiden PAS/Pesuruhjaya PAS Pahang),YB Leong Ngah Ngah (DAP),YB Choong Siew Onn (DAP),YB Tuan Syed Hamid Syed Mohamad (PAS),dan rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang yang lainnya telah mengemukakan suatu laporan kepada SPRM berkenaan dengan salahlaku YAB Dato Seri Najib Razak,PM,ketika PRK Sibu baru-baru ini.
Laporan tersebut yang ditandantangani bersama oleh Dato Ustaz Tuan Ibrahim,YB Sdr Leong Ngah Ngah dan saya mewakili KEADILAN Pahang bertujuan meminta SPRM menyiasat perbuatan rasuah yang dilakukan secara terang-terangan oleh Najib Razak sewaktu kempen PRK Sibu.
Sepertimana yang dilaporkan oleh media,Najib Razak selaku PM telah membuat kenyataan yang jelas berunsur rasuah seperti berikut:
"Mari kita membuat perjanjian,jika anda memberikan sokongan (undi) kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad ini,saya akan menandantangani cek pada hari Isnin."
Kenyataan Najib ini secara jelas dan terang boleh diklasifikasikan sebagai cuba memberikan sogokan dan berunsur rasuah.Malah jika dilihat dari sisi berikutnya,Najib jelas menyalahgunakan kuasa kerana sogokan yang ditawarkan itu datangnya dari wang negara sedangkan yang bertanding ialah BN!Didalam perkataan yang mudah,yang bertanding ialah parti politik-DAP vs BN vs Bebas-bukannya kerajaan persekutuan.
Didalam sidang media selepas itu,Dato Ustaz Tuan Ibrahim meminta SPRM agar mempunyai keberanian untuk menyiasat amalan rasuah yang di lakukan oleh PM serta meminta SPR berhenti dari menjadi alat BN.YB Leong pula mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada rakyat Sibu kerana punya keberanian menolak politik rasuah UMNO/BN.Manakala saya pula menyebut,antara lain bahawa Najib perlu mengambil teladan dari PM pertama,Tunku Abdul Rahman yang melepaskan jawatan beliau sebagai PM setiap kali pilihanraya berlangsung.Tujuannya ialah untuk mempastikan pilihanraya dapat sekurang-kurangnya dijalankan dengan telus dan tidak ada salahguna kuasa.Saya juga menyeru agar BN berhenti dari mengkudakan agensi kerajaan setiap kali pilihanraya.
Laporan SPRM tersebut telah diterima oleh En.Mohd Faizal Ibrahim,Pen,Penguasa SPRM Temerloh.
Sumber : Facebook Nizam Hamid

Comments