SIAPA SOKONG JUDI JANGAN SERTAI DEMO, SIAPA BANTAH JUDI JOM DEMO

PAS melalui Dewan Pemudanya akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

Blog ini menyarankan kepada sesiapa yang suka judi dan redha dengan lesen judi kurniaan Umno/BN sila jangan datang berdemonstrasi tetapi kepada yang benci kepada judi dan tidak redha dengan Umno/BN HALALKAN judi sila hadir dalam DEMO ini yang akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Herman Samsudeen dalam kenyataannya hari ini menegaskan bahawa perhimpunan atau DEMO aman kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana.

Comments