SELAMAT HARI PEKERJA : TUKAR KERAJAAN UNTUK KESEJAHTERAAN PEKERJA PADA MASA DEPAN

Saya yakin belum begitu lewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk seluruh warga pekerja di negara tercinta kita ini. Sesungguh memang tidak boleh dinafikan warga pekerja merupakan entiti penting ke arah pembangunan tamadun sesebuah negara. Oleh itu jasa dan pengorbanan mereka mesti dihargai oleh semua pihak.

Malangnya di negara kita kebajikan pekerja masih belum terbela sepenuhnya. Mereka dinafikan untuk berpersatuan, dinafikan hak asasi mereka untuk melaksanakan tuntutan agama mereka dan yang penting juga tuntutan mereka untuk mendapat gaji minimum dipandang sebelah mata oleh pihak berwajib.

Masih ramai golongan pekerja boleh dikategorikan sebagai miskin dengan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan. Apa yang mereka boleh makan dengan pendapatan sebanyak itu dengan jumlah anak bersekolah yang ramai, rumah di sewa, harga barangan semakin naik dan sebagainya.

Lebih malang lagi masih ada pekerja yang mendapat upah atau gaji kurang dari RM500 selepas lebih 50 tahun negara merdeka. Sebagainya contoh di saat tuanpunya estet, Pengerusi Felda dan majikan mendapat upah dan elaun ratusan ribu, masih ada pekerja estet dan peneroka Felda yang berpendapatan kurang dari RM500 sebulan.

Di saat pekerja bergelut untuk meneruskan kehidupan mereka, kerajaan tanpa belas ihsan cuba menggubal akta pekerja yang baru yang saya lihat tidak memberikan faedah malah menekan pekerja.

Perubahan undang-undang berkaitan akta pekerja yang dicadangkan kerajaan persekutuan boleh menjejaskan hak dan kehidupan golongan pekerja.

PAS sangat prihatin terhadap perubahan tersebut bagi membela nasib kaum pekerja.

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), pindaan terhadap Akta Hubungan Industri 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Kerja 1955 dianggap sebagai 'bencana' kepada kaum pekerja.

Sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan, majikan berhak untuk memfailkan kes pemecatan dan membawa pekerja ke Mahkamah Perusahaan.

Pindaan dalam akta tersebut turut membenarkan pihak majikan untuk mengubah waktu kerja.

Manakala pindaan dalam Akta Kesatuan Sekerja pula membolehkan majikan untuk mempersoalkan status wakil kesatuan dalam tempoh lima tahun.

Ia dianggap sebagai penindasan kepada kesatuan sekerja dan perlindungan kepada pekerja di negara ini.

Sesungguhnya pindaan itu amat membahayakan periuk nasi dan masa depan pekerja. Ianya jelas menindas pekerja.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh warga kerja supaya menilai kembali sokongan mereka kepada kerajaan pusat yang ada pada hari ini, apakah kerajaan ini benar-benar membela pekerja selepas lebih 50 tahun memerintah. Jika jawapannya tidak maka tuan-puan wajib membuat perubahan dengan menukar tampuk pemerintahan dari kerajaan BN kepada kerajaan PR pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. Dengan cara itulah sahaja dasar kerajaan terhadap pekerja dapat ditukar dan diperbaiki demi kesejahteraan rakyat semua.

SELAMAT HARI PEKERJA 2010

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

Comments

1 malaysia vs 1 israel said…
One Israel atau '1Israel' atau 'Satu Israel' adalah dibentuk oleh pemimpin Parti Buruh Israel Ehud Barak semasa Pilihan Raya Israel 1999 dengan tujuan untuk membuat Parti Buruh tampak lebih sederhana dan untuk mengurangkan reputasi imej sekular dan elitis di kalangan penyokong Mizrahi (Gesher dipimpin oleh ahli politik Mizrahi David Levy sementara Meimad ialah parti agama). Ia berasaskan tranformasi Tony Blair di Britain yang juga membentuk Parti Buruh Baru.

Perjanjian persefahaman itu meletakkan Gesher di belakang Ehud Barak dan Shimon Peres dan David Levy akan mendapat jawatan menteri. Meimad dijanjikan kedudukan menteri di parlimen Knesset.

Dalam pilihan raya itu, bancian menganggarkan parti buruh akan memenangi 33 kerusi. Malangnya, Satu Israel tidak muncul sebagai fraksi terbesar di Dewan Knesset kerana hanya memenangi 26 kerusi . Jumlah ini lebih rendah, sedangkan 34 kerusi dalam pilihan raya 1996. Dari 26 kerusi, Parti Buruh mendapat 22 kerusi, Parti Gesher 3 dan Meimad 1. Untuk memenuhi perjanjian pra-pilihan raya, Levy dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri . Meimad Michael Melchior dilantik Menteri Sosial dan Hal Diaspora Israel.

Barak, yang telah menewaskan Binyamin Netanyahu dalam pemilihan Perdana Menteri Israel, telah membentuk kerajaan campuran yang tidak stabil. Enam parti kecil iaitu Shas, Meretz, Yisrael BaAliyah, Parti Tengah, Parti Agama Kebangsaan dan Kesatuan Taurah Yahudi.

Ehud Barak menyertai Perjanjian Kem David dengan Yasser Arafat pada musim panas 2000 menyebabkan Gesher menarik diri daripada perikatan pada 7 Mac 2001. Pada 7 Mei perikatan bergabung dengan Paksi Haluan Baru. Pada 15 Mei tahun 2001 ia dinamakan Parti Buruh-Meimad.

Setelah parti runtuh, Barak disiasat atas tuduhan berhubung Satu Israel yang telah melanggar undang-undang dana parti dengan membenarkan wang asing di bawa masuk sebagai dana kempen . Eliezer Goldberg didenda 13 juta Shekel kerana melanggar undang-undang dana.

http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html
1 malaysia vs 1 israel said…
.Pada 1999, APCO telah membantu Perdana Menteri Israel Ehud Barak menerusi One Israel. Sedangkan Malaysia menyokong Palestin dan menentang gerakan Zionis .