SAMY VELLU JADI PRESIDEN MIC SAMPAI MATI

Blog berpendapat Samy Vellu patut memegang jawatan Presiden MIC hingga ke akhir hayat kerana beliaulah sahaja yang mampu memimpin MIC, orang lain semuanya bebal dan bangang belaka.

Beliau sememangnya disanjungi oleh kawan dan lawan sebab itulah beliau tewas di kerusi Parlimen Sg Siput pada PRU 2008 dahulu.

Jadi kenyataan beliau untuk berundur beberapa bulan lagi mungkin hanya strategi beliau untuk mengukur pengaruhnya. Hakikatnya beliau masih perasan disukai dan disanjungi ramai.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Comments