Rakyat Sibu sedang menunggu habuan dan janji dari BN untuk mereka. Rakyat Malaysia sememangnya sedar di musim Pilihanraya rakyat boleh meminta apa sahaja dari BN. Tanah, jambatan, universiti, kolej, sekolah, masjid dan segala 'mak nenek' boleh diminta dan BN akan setia mendengar cuba menunaikan permintaan rakyat walaupun janji-janji semasa pilihanraya yang lepas-lepas belum ditunaikan.
Sehingga ini belum kedengaran lagi janji-janji manis berharga ratusan juta ringgit keluar dari mulut pimpinan BN. Mungkin mereka sedang mengkaji apa prasarana dan pembangunan yang boleh mereka buat untuk mengabui dan menipu rakyat guna untuk memancing undi.
Apa yang saya harap rakyat Sibu dapat meneladani pengundi Cina di Hulu Selangor apabila 75 % pengundi Cina menolak BN kerana mereka sudah kenal dan serik dengan BN. Tidak mustahil BN akan dikuburkan di Sibu jika pengundi Sibu dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi dengan rasuah, ugutan dan penipuan.

Comments