PRK SIBU : NAJIB RESAH, BELUM UMUMKAN HABUAN DAN PROJEK

Najib Razak ternyata resah dengan perkembangan politik melibatkan masyarakat Tionghua. Keresahan beliau khasnya disebabkan majoriti pengundi di Sibu adalah pengundi Tionghua iaitu kira-kira 66 %.

Keresahan ini diterjemahkan oleh Najib degan mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini merupakan satu cabaran yang perlu diambil serius.

Beliau bagaimanapun yakin atas semangat setiakawan dalam BN pusat dan Sarawak, jentera pilihan raya BN akan bergerak dengan lancar untuk mencapai kejayaan dalam mengekalkan kerusi Sibu.

Beliau berkata demikian di Sibu semalam.

Comments