PRK SIBU : BN MULA TAKUT UNTUK BUAT JANJI

Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi nampaknya serik dengan tindakan pengundi Cina yang membuat tuntutan dan permintaan sewaktu kempen pilihanraya tetapi tidak mengundi BN pada hari pengundian. Mungkin Zahid rasa tertipu ataupun rasa ditipu. Untuk pengetahuan Zahid, rakyat berhak mengundi parti mana yang mereka suka. Persoalan janji dan projek yang dibuat oleh BN itu sudah menjadi kewajipan BN sebagai kerajaan. Rakyat sudah faham dan arif tentang tanggungjawab kerajaan. Tidak wajar untuk mempertikaikan hak rakyat untuk mengundi sesiapa pun.

Apa guna rakyat mengundi calon dari parti yang jelas busuk sehingga ke usus (dakwaan Dr Mahathir kepada Umno), parti yang penuh dengan rasuah/penyelewengan, parti yang sanggup menggadaikan negara dengan membawa masuk APCO dan lain-lain. Rakyat sudah faham dan masak dengan gelagat BN, jangan sangka rakyat akan mudah ditipu seperti tahun 60-an sehingga 90-an dahulu.

Zahid Hamidi dalam kenyataan medianya semalam mahu kerajaan lebih berhati-hati dalam memenuhi permintaan pengundi di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, adalah lebih baik pengundi kawasan itu menunjukkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum janji-janji tersebut ditunaikan.

Katanya beliau yakin kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat akan mengambil langkah-langkah bijak dengan tidak menjanjikan apa-apa projek yang akhirnya tidak dihargai oleh pengundi.

Baginya adalah lebih baik pengundi membuktikan dulu sokongan mereka kepada BN sebelum kerajaan negeri atau pun Kerajaan Pusat memenuhi permintaan mereka.

Kenyataan Zahid ini disiarkan media pengampu dan pemfitnah no 1 di dunia iaitu Utusan Meloya.

Comments