PRK SIBU : BN KALAH, PEMIMPIN MASIH TIDAK MAHU FAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM SEBAB SEBENAR KEKALAHAN BN

Barisan Nasional (BN) akan melakukan pembaharuan pada jentera kempennya bagi menghadapi pilihan raya akan datang, kata Najib Tun Razak.

Pengerusi BN itu berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana kurangnnya tenaga dan kreativiti di kalangan petugas jentera parti itu adalah antara punca utama calon BN, Robert Lau Hui Yew, kalah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, semalam.

Ternyata pemimpin BN khasnya pengasas 1Malaysia masih tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat menolak BN kerana BN adalah parti yang mengamalkan rasuah; menekan rakyat dengan penyalahgunaan kuasa; mengamalkan kronisme sehingga pemimpin BN dan kuncu-kuncunya kaya raya membaham harta rakyat; gagal menyelesaikan isu jenayah; mengamalkan pilih kasih; zalim kepada rakyat dan sebagainya.

Rakyat hari ini sudah cerdik dan matang. Mereka dapat membezakan corak hidup pemimpin BN dan PR. Semua terbukti di depan mata, siapa yang kaya raya dan siapa yang sederhana dan miskin.

Selagi BN tidak mahu menerima hakikat sebenar siapa BN dan pemimpin BN sebenarnya selagi rakyat akan menolak BN.

Comments