PRK SIBU : BN DIJANGKA BELANJA LEBIH DARI RM100 JUTA UNTUK MENANG

Seperti biasa BN akan menggunakan duit untuk menang pada mana-mana pilihanraya yang mereka sertai.

Pilihanraya Kecil Sibu yang akan berlangsung tidak lama lagi juga akan menyaksikan sekali lagi longgokan duit digunakan untuk memancing undi sebagaimana yang dilakukan pada PRK Hulu Selangor dan pilihanraya sebelumnya.

BN sebenarnya tidak ada modal untuk memancing undi melainkan menggunakan wang, fitnah, ugutan dan penyelewengan bagi memenuhi nafsu mereka yang tidak dapat menerima kekalahan pada setiap kali pilihanraya. Sebab itulah samada ianya halal atau haram dari segi undang-undang dan agama mereka tidak kisah. BN seolah-olah merasakan diri mereka mengatasi segala-galanya.

Ramai menjangkakan bahawa sekali lagi BN akan memperuntukkan lebih dari RM100 juta untuk menang di Sibu samada dalam bentuk 'cash', barangan, projek dan janji-janji yang sering mereka gunakan selama ini.

Malah BN sanggup berbelanja lebih dari jumlah itu jika keadaan menjadi lebih genting bagi mereka. Duit, resources dan sebagainya tidak menjadi masalah bagi mereka kerana BN berkuasa melakukan apa sahaja.

Malangnya SPR dan SPR hanya diam seribu bahasa, pekak bagaikan orang tuli dan rabun bagaikan orang buta, tidak mengambil sebarang tindakan walaupun bukti terbentang di hadapan mata.

Comments