PRK SIBU : BN DI AMBANG KELEMASAN

BN berada dalam keadaan tertekan dengan perkembangan semasa yang jelas tidak memihak kepada mereka. Antara isu dan situasi yang jelas mencemaskan BN ialah :-

1) Kecenderungan pengundi Cina menyokong PR sehingga ke tahap 80% di sesebuah peti undi seperti yang diterjemahkan pada PRK Hulu Selangor.

2) Isu pembunuhan Aminulrasyid yang membuktikan rakyat berasa tidak selamat

3) Semangat perkauman Melayu yang ditunjukkan oleh Perkasa dan ianya seolah-olah disokong oleh Umno

4) Masalah kemiskinan di Sarawak

5) Slogan 1Malaysia dilihat sebagai retorik kerana pada masa yang sama tindakan dan kenyataan pemimpin kerajaan tidak menggambarkan semangat 1Malaysia apabila semangat perkauman terus berpaksi di dalam Umno, Perkasa, MIC, MCA dan lain-lain. Malah tindakan-tindakan dan polisi kerajaan terhadap Kerajaan-kerajaan negeri PR tidak berubah, dasar MEB tidak memuaskan hati rakyat dan lain-lain.

Kebimbangan BN ini dapat dilihat apabila Najib dan Rosmah awal-awal lagi turun ke Sibu minggu lalu. Ini jarang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri jika beliau yakin BN boleh menang dengan mudah.

Comments