PASCA PRK SIBU : IMPLIKASI DAN PENGAJARAN BUAT BN DAN PR

Pengajaran dari keputusan PRK Sibu:-

1) Politik wang, rasuah, ugutan, janji dan sebagainya sudah tidak 100 % relevan. Rakyat semakin cerdik dan matang. Mereka makan umpan tetapi belum tentu undi BN

2) Pengundi Cina menyokong PR lebih dari 70 % kerana mereka celik politik dan tidak termakan umpan BN

3) Berlaku sedikit perubahan politik di kalangan pengundi Melayu Melanau di mana PR mendapat peningkatan undi sebanyak 34 %.

4) Pengundi Iban masih menjadi penyokong kuat BN.

5) Masih berlaku kejadian nama hilang dari daftar pemilih. SPR masih gagal memastikan Daftar pemilih benar-benar bersih.

6) SPR masih gagal memastikan tiadanya rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan media dan lain-lain.

7) Persepsi terhadap undi pos terus buruk dan keputusan undi POs PRK Sibu menimbulkan kesangsian dan keraguan.

Comments