PALANIVEL JADI SENATOR SELEPAS DIBULI UMNO.

Akhirnya calon MIC yang disisihkan UMNO sebagai calon dalam pilihanraya P94 Hulu Selangor baru-baru ini yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC dan anak emas Samy Velly disogokkan dengan jawatan Senator setelah menderita menanggung malu buat dirinya dan MIC dan semuanya ialah mainan UMNO.

Begitulah hebatnya UMNO membuli rakan pakatan dalam BN, UMNO berkuasa penuh kerana parti kaum India itu memang pun mengemis jawatan Senator dan juga jawatan sebagai Timbalan Menteri tidak lama lagi. Inilah perjuangan individu yang diasuh oleh Samy Vellu dalam MIC. Peduli apa dengan pekebun kecil kaum India di ladang-ladang dan estet, peduli apa dengan saham Maika yang dikatakan oleh sumber kebanyakan akhbar menipu pelabur bawahan, peduli apa dengan Kamalanathan, peduli apa dengan perjuangan UMNO dengan 1Malaysia yang mengarut itu. Yang penting bakal Presiden MIC tetap mendapatkan jawatan dalam kabinet 1Malaysia biarpun maruah dihina, parti dibuli oleh UMNO berulang-ulang kali.

Adakah sama Palanivel dengan Ezam Md Noor yang juga rakan Senator yang baru dilantik hari ini? Yang sama ialah jawatan mereka, warna rambut, bersama gabungan dalam BN tetapi mereka tetap tidak sama kerana Palanivel bukan sesumpah 1Malaysia seperti Ezam. Kini sumpah keramat dan 6 kotak rahsia Ezam menjadi lawak antarabangsa. Samy Vellu pula masih dalam dilema untuk menetapkan tarikh pengunduran beliau daripada jawatan Presiden MIC. Mungkin elok juga Ezam masukkan Samy Vellu dalam salah sebuah kotak rahsianya setelah beliau berundur dari MIC kelak. Kaum India perlu memikirkan kembali adakah masih relevan untuk bersama-sama MIC atau lebih elok mereka masuk dalam UMNO dan menjadi Melayu kerana Melayu booleh membuli parti komponen lain seperti MIC.

Putera Melaka.

Comments