NAJIB LEBIH HEBAT DARI OBAMA

Hebat betul Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sehinggakan Presiden Amerika, Barrack Obama pun ketagih hendak bertemu dengan beliau bukannya sepertimana yang kita sangkakan iaitu beliau yang tergila-gila hendak bertemu Obama.

Begitulah hebatnya Najib sehingga ketua negara kuasa besar dunia pun seolah-olah melutut kepadanya.

Najib Razak memberitahu hari ini bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa oleh rakyat dan PR.

Hebat sungguh Najib sehingga mengaku bahawa tidak tunduk kepada Obama sepertimana didakwa oleh PR dan rakyat Malaysia.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," katanya.

Sekali lagi Najib angkat bakul, Obama dikatakan tergila-gila untuk mengetahui MEB. 'Tahniah' Najib.

Comments