IKUTI LUAHAN SEORANG AHLI UMNO YANG TIDAK MAHU NAMANYA DISIARKAN.
Sejak tercetusnya isu judi bola ini saya sebagai ahli dan penyokong kuat Umno terasa malu kepada Allah dan rakyat Malaysia kerana pimpinan Umno sanggup menggadaikan agama demi untuk mendapat keuntungan dunia.
Saya malu kepada orang bukan Islam kerana pimpinan Umno yang mengaku Islam sanggup menolak agama mereka ke tepi dengan MENGHALALKAN judi bola. Mengapa sampai begitu sekali pimpinan Umno lakukan. Tidak takutkah mereka kepada siksa api neraka bagi orang yang MENGHALALKAN apa yang DIHARAMKAN oleh Allah S.W.T
Lebih malang lagi sehingga hari ini pemimpin agung Umno iaitu Imam 1Malaysia, Perdana Menteri kita masih belum memberikan penjelasan mengapa judi bola ini DIHALALKAN.
Tidakkah ianya akan menyebabkan lebih ramai orang akan berjudi tidak kira apa agama, bangsa dan umur. Bukankah ianya akan menyebabkan ramai rakyat akan berangan-angan untuk kaya dengan mudah dengan berjudi.
Mungkin ada juga rakyat yang merasakan judi bola ini perkara biasa macam bertaruh biasa sahaja bukannya berjudi macam main pakau, toto, magnum, 4D dan sebagainya.
Saya sebagai ahli Umno yang mengundi BN pada PRU 2004 dan PRU 2008 berasa sangat berdosa kepada Allah kerana pemimpin dan kerajaan yang saya pilih telah menyanggah perintah Allah dan MELAWAN ALLAH.
Ahli Umno seumur hidup - Melaka.

Comments
bagi den yg haram tetap haram..xpayah la nk mereka cerita pulak..
p/s- judi itu haram, arak itu haram, n fitnah itu umpama memakan daging saudara sendiri..
Linkkan blog ana tuan http://karatijau.blogspot.com