KERAJAAN MELAKA WAJAR CONTOHI KERAJAAN PULAU PINANG

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Cikgu Yusof Wahab menggesa kerajaan negeri Melaka supaya mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang mengharamkan judi bola diniagakan di premis-premis dalam negeri tersebut.

Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dicontohi bagi memastikan kegiatan perjudian bolasepak tidak merosakkan rakyat negeri Melaka.

"Kita sudah tidak sanggup lagi melihat penagih-penagih judi ini bertambah hanyut dengan kegiatan judi yang telah sedia ada seperti 4D, Magnum, Toto dan lain-lain."

"Kalau sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh pemimpin bukan Islam seperti Lim Guan Eng takkan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam tidak mahu mengharamkan judi bola" ujar Cikgu Yusof yang merupakan Pesara Guru.

Beliau juga turut mengulangi kekesalannya di atas tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi bola yang jelas bertentangan dengan Islam kerana Allah berfirman di dalam Al Qur'an bahawa judi adalah haram.

Cikgu Yusof menggesa lesen judi bola dan lain-lain judi tersebut ditarik balik demi kesejahteraan rakyat.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat keputusan mengharamkan premis-premis di negeri Pulau Pinang menjalankan perniagaan judi bola mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.

Comments

Anonymous said…
tak payah ikut hukum nya saparoh2,judi bola saja tak boleh,yg lain bersepah2...
mi-phg said…
UGAMA SESEORANG ITU TERLETAK PADA KAWANYA.
-JIKA KAWAN KITA KAKI ARAK LAMBAT LAUN KITA JUGA KAKI ARAK.
DAP KAWAN DENGAN PAS YG TOLAK JUDI, DAP JUGA TOLAK JUDI.
-BN KAWAN DENGAN TOKAY JUDI,LESEN JUDI DITAMBAH BUKAN DIKURANGKAN WALAUPUN KATA NEGARA ISLAM.
Jati Diri said…
Kah kah kah.

Penharaman itu sebab LGE sudah insaf atau sebab politik?

Judi bola tu sebulan je. Yang jdui 4D tu bila Penang nak haramkan terus?
bukan saja judi bola, malah semua jenis judi wajib diharamkan oleh kerajaan BN/ umno yang mendakwa parti Islam ketiga terbesar didunia.
kalau mengaku parti Islam tapi tak ikut Al Quran namanya parti munafik yang ketiga terbesar didunia.
mi-phg said…
HEI JATI DIRI
ALLAH NAK BAGI SESEORANG ITU HIDAYAH BERBAGAI CARA WALAUPUN ASAL NAMPAK SEBAB POLITIK.ADA ORANG MULA SEMBAHYANG SEBAB MALU KAT PAK MERTUA TAPI LAMA LAMA TERUS JADI IKHLAS KERANA ALLAH.HANYA ORANG YG CENDERUNG KPD MAKSIAT SAJA YG MENOLAK HIDAYAH SPT UMNO.