Sekali lagi media melakukan provokasi untuk memecahbelahkan PR dengan mengutarakan isu Timbalan Perdana Menteri Kedua di kalangan bukan Melayu. Isu ini sememangnya menjadi senjata yang dirasakan ampuh oleh mereka bagi membangkitkan sentimen orang Melayu.
Semua orang tahu bahawa isu tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri ini adalah isu sensitif yang boleh menjejaskan sokongan orang Melayu kepada PR jika ianya tidak ditangani dengan bijak dan berhati-hati.
Hari ini media arus perdana cuba memprovok Presiden PAS dengan isu ini.
Dalam laporannya hari media tersebut menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan Pas sebagai rakan pakatan pembangkang apabila mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II dalam kalangan pemimpin DAP tanpa membincangkannya terlebih dulu.
Media itu juga menyebut bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak mengetahui langsung tentang jawatan yang disebut dalam kenyataan Anwar itu.
"Itu hanya laporan media, kita belum ada apa-apa perbincangan," katanya.
Jawapan Tuan Guru Abdul Hadi merupakan jawapan yang bijak dan tepat kerana sememangnya Majlis Pimpinan PR tidak pernah memutuskan perkara tersebut.
Media hanya cuba menangguk di air keruh untuk menampakkan bahawa PR telah melakukan perkara yang tidak pernah dilaksanakan oleh BN berkenaan isu ini. Ianya juga sudah tentu menyebabkan orang Melayu sangsi kepada PR. Ini tujuan sebenar media dan BN mensensasikan isu ini.

Comments
-RASUAH
-UGUT
-JUBUR SEPOL
-MEDIA
-YAHUDI
-FITNAH