ISU TIMBALAN PERDANA MENTERI 2 : MEDIA TERUS TABUR FITNAH

Media arus perdana terus menabur fitnah dan memutarbelitkan isu apabila mensensasikan Isu Timbalan Perdana Menteri kedua sedangkan ianya tidak pernah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Bukan sebodoh itu untuk PR membuat keputusan lebih-lebih ianya melibatkan undang-undang negara dan sensitiviti rakyat Malaysia.

Namun oleh kerana BN tahu bahawa isu itu sudah tentu akan menaikkan sokongan orang Melayu kepada mereka maka ianya dimainkan oleh mereka guna untuk menangguk di air keruh agar mereka terus dapat mengekalkan sokongan orang Melayu.

Apabila isu tersebut dimainkan maka lupalah kita semua kepada isu yang lain seperti isu APCO, isu subsidi minyak, isu rasuah dan lain-lain.

Rakyat mesti berhati-hati dan peka dengan mainan media yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memecahbelahkan kita semua dan pada masa yang sama meraih keuntungan politik.

Comments