Ternyata media pengampu dan pemfitnah terus memainkan isu ini. Terakhir mereka cuba melaga-lagakan pimpinan PAS.
Penjelasan Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali bahawa PAS Pusat dan PAS Negeri Kelantan tidak terlibat dengan isu ini terus dipertikaikan oleh media arus perdana.
Bagi saya penjelasan beliau sudah cukup untuk memberikan kefahaman kepada semua orang, bahawa PAS tidak terlibat dengan isu ini. Maksudnya penubuhan GMC dan isu RM4juta itu adalah isu individu tertentu di mana ianya bukan Program dan projek PAS.
Adalah tidak wajar ianya hendak dikaitkan dengan PAS jika ianya bukan program dan projek PAS. Tidak ada bukti menunjukkan ianya projek PAS.
Kalau ianya ditubuh dan diselia oleh pimpinan atau ahli PAS, fakta mungkin ada benarnya. Pemimpin dan ahli berhak menjalankan aktiviti 'personal' mereka tanpa melibatkan parti.
PAS sendiri pada pandangan saya tidak pernah menghalang anggotanya menubuhkan persatuan, NGO atau syarikat selagi ianya tidak melibatkan parti, melanggar undang-undang dan tidak melibatkan parti. Apa yang penting tiada rasuah, tiada penyelewengan, tiada 'conflict interest' dan tidak bertentangan dengan Islam serta undang-undang.
Pihak berwajib boleh memanggil dan menyiasat individu terbabit jika berlakunya penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya. Malah saya yakin jika ada buktinya adanya masalah dalam isu ini pimpinan PAS tidak akan melindungi sesiapa pun tidak seperti Umno yang sentiasa memberikan imuniti kepada pimpinan mereka walaupun terbukti bersalah. Inilah bezanya PAS dan Umno/BN.
Dari segi amaun pula pada saya jumlah RM4 juta yang digunakan untuk menubuhkan studio penerbitan dan menerbitkan rancangan-rancangan berkaitan siaran media adalah suatu jumlah yang sangat kecil, malah ianya jauh dari mencukupi. Untuk membeli peralatan produksi pun kosnya mencecahkan jutaan ringgi. Apalah yang boleh dibuat dengan RM4 juta dalam masa 3 tahun pula. Saya yakin orang mahir dengan produksi sudah pasti tergelak dengan dakwaan ini kerana wang RM4 juta untuk 3 tahun dan juga untuk 'set up' studio baru adalah ibarat makan nasi terlekat celah gigi sahaja.

Comments