ISU JUDI BOLA : PAK LAH SILA LETAK JAWATAN

Bekas Perdana Menteri, Pak Lah berkata Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

Takkan Pak Lah tak tahu bahawa parti yang pernah beliau pimpin sememangnya tidak mengambil agama dalam banyak perkara. Apa yang penting ialah duit 'masyuk'.

Blog ini mencabar Pak Lah supaya keluar dari Umno dan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Umno Kepala Batas bagi menunjukkan protes terhadap tindakan Najib dan kuncu-kuncu menggalakkan perjudian di kalangan rakyat dengan meluluskan judi bolasepak.

Comments

cekli@abg chor said…
tak kan pak lah sanggup kot! pak lah kata pandangan rakyat kena terima, so apa lagi pak lah.....chau la!
dino.yp@gmail.com said…
kau orang ni kuat mencabar jer lah, PAS bukit katil camtu lah jugak. aku cabar kau kritik anwar pasal negara islam. ada berani ? ptuih! mengarut punya orang pas.
Anonymous said…
Assalam mu alaikum wr wbt
Sebagai orang Islam sepatutnya berpegangan bahawa yanh haram tetap haram, tak kiralah apa juga alasan. Bila Allah SWT haramkan sesuatu pasti ada sebab musababnya.
Kalau ada manusia yang pandai-pandai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, pasti akan timbul huru hara bagi kelompok manusia itu. Itulah yang sedang dihadapi oleh negaraku Malaysia.
Dahlah pemimpin kanan negara adalah cucu kepada orang yang menperkenalkan judi "halal" di negaraku ini. Pastilah tahi judi itu terpalit kepada anak cucunya. Maka bahayalah negaraku Malaysia dari persepktif hukum Allah SWT. Maka Allah pun 'berlepas tangan' terhadap apa-apa yang berlaku dinegaraku Malaysia.
Tak barkat beb....