ISU AMINULRASYID : CUKUPKAH SEKADAR UCAPAN TAKZIAH?

Kabinet yang bermesyuarat semalam melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga adik Aminulrasyid Amzah, 15, yang terbunuh dalam satu kejadian yang membabitkan pihak polis di Shah Alam, 26 April lalu.

"Kejadian ini amat mendukacitakan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Bagi saya ucapan takziah ini tidak cukup untuk menutup kesilapan dan kezaliman si pembunuh Aminulrasyid. Malah lebih teruk beliau dituduh sebagai perompak dan penjenayah. Ada cukup setakat ucapan takziah sedangkan beliau bukan sahaja dibunuh kejam malah difitnah dengan dahsyat dan memalukan.

Cuba bayangkan apa perasaan ibu dan keluarga Allahyarham. Cukupkan sekadar ucapan takziah???????????????????

Comments