EZAM LEBIH CERDIK DARI RAIS, BUAT KHAIRY GEMENTAR

Hanya Khairy Jamaluddin yang tidak akan suka tajuk artikel ini buat selama-lamanya. Ezam kini setaraf dengannya apabila menjadi Senator pilihan Najib untuk menjadi catur pilihan menyingkirkan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Setelah kudrat bekas calon Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir semakin menyepi maka ayam sabung baru Najib yang bernama Ezam akan menunjukkan jalan balik Khairy ke Rembau buat selama-lamanya.

Ezam ni manusia cerdik, bukan sahaja dia lebih cerdik daripada Khairy malah beliau akan lebih cerdik dari Rais Yatim yang juga merupakan bekas MB kepada Khairy semasa zaman bebudaknya dulu. Kita lihat persamaan serta kecerdikan Ezam dan Rais ini. Adakah Ezam sama pula dengan manusia hipokrit terbesar 1Malaysia iaitu Rais Yatim yang dianugerahkan gelaran itu oleh Tamrin Ghafar baru-baru ini? Tepuk dada tanyalah Ibrahim Ali untuk memberikan jawapannya. Rais keluar UMNO masuk Semangat 46 sehingga membakar jambatan tetapi menjilat balik UMNO dan mendapat pula jawatan sebagai Menteri, manakala Ezam pula keluar UMNO masuk PKR dan masuk UMNO semula dan mendapat pula jawatan Senator.

Senario ini mungkin sama tetapi jika diperhatikan Rais lebih cerdik dari Ezam sebab Rais dapat membina jambatan yang terbakar tetapi Ezam pula bukan sahaja kotak yang hilang tetapi nak ganti kotak yang baru pun tidak mampu. Akhirnya jadilah sesumpah 1Malaysia. Tetapi Ezam boleh menjadi lebih cerdik dari Rais Yatim jika Ezam mengumpul kekuatan dan kehebatan pidatonya dengan bantuan Najib untuk merampas kerusi Ketua Pemuda Umno Malaysia. Dan akhirnya Ezam akan dilantik pula menjadi Menteri sehinggalah PRU13 kerana selepas daripada itu PR pula telah mendapat dua pertiga majoriti untuk mentadbir 1Malaysia. Pada masa itu Ezam akan menjadi lebih cerdik untuk terus menjadi sesumpah 1Malaysia dengan masuk ke dalam PKR semula. Begitu susah melayan karenah orang cerdik yang tidak mengira tempat sebab itulah sesumpah hidup dengan cara berpindah-randah dan boleh pula menukar warna di badan sesuai dengan tempat dia melekat. Jika payah menyebut sesumpah maka sebutlah dengan nama yang canggih “Cameleon 1 Malaysia”..

Putera Melaka.

Comments