CERAMAH ISU SEMASA USTAZ IDRIS AHMAD MALAM INI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan ceramah isu semasa pada malam ini bertempat di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Kg Bukit Katil bermula jam 9.00 malam ini bersamaan dengan 31 Mei 2010.

Ceramah tersebut akan menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai penceramah utama di samping 2 orang penceramah tempatan iaitu ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir bagi mendengar kupasan isu-isu semasa seperti isu kemenangan PR di Sibu, isu judi bola, isu tanah KTM dan lain-lain

Comments