BN NAZAK : PENGUNDI CINA UNDI PENENTU DI SIBU

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor tidak boleh menjadi petunjuk kepada BN untuk mencapai kemenangan berganda di PRK Parlimen Sibu. Ini kerana undi kaum Cina akan menjadi undi penentu siapa yang akan menang sama ada BN yang diwakili SUPP atau PR yang akan diwakili oleh DAP.

Ini kerana jumlah pengundi Cina di Sibu mewakili 66.7 peratus daripada 54,695 pengundi berdaftar. Mengikut pandangan seorang wartawan bahawa, jika kejayaan di Hulu Selangor diambil kira, dengan 30 peratus pengundi Cina menyokong calon BN dan kaum itu bukan mewakili kaum majoriti di kawasan Parlimen tersebut, ia telah memberi mesej bahaya kepada BN sehingga boleh membawa kepada kekalahan ke-lapan BN dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU12 yang lalu.

Jika sikap pengundi Cina di Hulu Selangor dibawa ke Sibu, pasti BN akan berdepan dengan kesukaran dan kepayahan yang amat memenatkan mereka. Najib pula telah melawat Sibu dan menyerang kawasan pengundi Cina kerana menyedari jika BN kalah di Sarawak maka imej BN akan merudum dikalangan pengundi kaum Cina dan ini jugak membuktikan bahawa seluruh pengundi kaum Cina akan memihak kepada PR pada PRU13 kelak. Adakah pengundi Cina di Sibu boleh disamakan dengan pengundi Cina di Semenanjung? Berdasarkan rekod pilihanraya lepas di Sarawak,membuktikan bahawa sokongan pengundi kaum Cina di beberapa bandar besar di negeri ini menunjukkan kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap BN.

Misalnya di Miri, pada Pilihan Raya Umum ke-12, majoriti yang diperolehi oleh BN ialah 5,216 undi dengan pengundi Cina ialah 61 peratus. Manakala di Sarikei pula BN menang tipis dengan majoriti undi sebanyak 51 undi berbanding 13,818 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11. Kaum Cina mewakili 70 peratus pengundi di kawasan Parlimen itu. Kerusi Parlimen Stampin dengan 76 peratus pengundi Cina memberi majoriti sebanyak 3,070 undi berbanding 7,731 undi pada pilihan raya umum sebelumnya. Calon BN memenangi kerusi tersebut.

Di Parlimen Kuching pula, yang dikuasai oleh DAP telah berkjaya meningkatkan majoritinya daripada 2,041 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11 kepada 9,952 undi pada Pilihan Raya Umum ke-12.
Pada PRK Parlimen Sibu kali ini, BN meletakkan Robert Lau Hui Yew, 45, seorang peguam dan Penolong Bendahari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sibu dan akan berdepan dengan Wong Ho Leng, seorang peguam dan Pengerusi DAP Sarawak.

Pertarungan mereka boleh disifatkan sangat hebat memandangkan Sibu adalah medan pertarungan tradisi antara DAP dan BN yang menyaksikan parti pembangkang itu menang pada tahun 1982. DAP dikatakan mempunyai pengundi tegar berjumlah hamper 16,000 orang di Sibu. DAP perlu menang untuk membuktikan bahawa kaum Cina memang menyokong merka walau di mana jua PR bertanding. Manakala bagi pengundi bukan Cina, PR perlu menyusun strategi lebih berkesan sesuai dengan isu tempatan untuk menarik jumlah pengundi untuk menyokong DAP.

BN pula akan merasuah pengundi Sibu dengan menyatakan bahawa Sibu akan mencapai tahap Bandaraya jika BN menang dan dapat pula kuota kerusi Timbalan Menteri. Jika DAP menang maka melepaslah orang Sarawak duduk dalam cabinet Najib. Inilah rasuah ampuh BN melawan kebangkitan pengundi kaum Cina kepada PR di Sibu.

Yang penting DAP akan terus mengajar kaum Cina untuk menerima semua pemberian BN yang dikatakan menjejak RM 100 juta kelak. Bagi duit ambil, bagi sekolah terima, bagi projek kebas tapi undi tetap kepada calon PR yang diwakili DAP. Inilah kegusaran utama BN iaitu sikap pengundi Cina yang cerdik seperti di Hulu Selangor. Adakah PERKASAM dan Khir Toyo akan menyokong RM 100 juta ini dilaburkan di Sibu? Tanyalah mereka.

Putera Melaka.

Comments