APCO : PAS KAWASAN BUKIT KATIL LULUS USUL HERET PEMIMPIN BN KE MUKA PENGADILAN

PAS kawasan Bukit Katil yang mengadakan mesyuarat agung kali ke 7 hari ini meluluskan sebulat suara usul mengheret pemimpin kerajaan BN yang sanggup menggunakan khidmat APCO dalam kerja-kerja melibatkan keselamatan negara.

Usul yang dibentangkan secara tergempar oleh Dewan Pemuda Kawasan itu diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Semasa membentangkan usul tersebut wakil Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kedurjanaan, kecurangan dan kebiadapan pemimpin kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Mereka mesti disiasar dan diheret ke muka pengadilan kerana membelakangkan undang-undang kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel selain membazirkan duit rakyat dan berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Comments