Umno sememangnya wajar bertanding di Hulu Selangor bukan MIC kerana Orang Melayu adalah pengundi teramai di sana. Namun begitu atas semangat 1Malaysia saya kira Umno hendaklah memberi laluan kepada MIC.
Jika Umno tidak memberi laluan kepada MIC, maknanya Umno masih tidak faham gagasan 1Malaysia. Bukankah gagasan 1Malaysia menyamakan semua kaum. Malah MEB yang baru dibentangkan oleh Najib pun sudah memberikan apa-apa keistimewaan kepada orang Melayu, jadi kalau begitu apa salahnya MIC bertanding di sana.
Umno kan sudah biasa berkorban untuk MCA dan MIC. Apa salahnya kali ini sekali lagi Umno faraidkan kerusi Hulu Selangor kepada MIC sekali lagi. Bagilah 'Macha' bertanding kesian sama itu 'Macha'.
Umno bukan sahaja biasa memberikan 1 DUN kepada rakan-rakannya malah 1 negeri pun mereka pernah bagi. Sebelum PRU 2008, Umno seringkali menjadi parti yang mempunyai majoriti di DUN Pulau Pinang. Kerusi mereka lebih banyak dari MCA dan MIC. Namun persoalan saya ialah mengapa ketika Umno majoriti di DUN Pulau Pinang mereka serahkan kuasa kepada Gerakan. Jadi kali ini elok kalau Umno 'sedekah'kan kerusi ini Palanivel, Timbalan Presiden parti Samy Vellu (PSV).
Comments