TEE KEAT BERSIH DAN SUCI

Memang sudah dijangka dari awal bahawa bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat dan suci tidak ada yang kotor melain suci segala-galanya.

Itulah skrip yang semua rakyat sudah tahu.

Semalam Menteri Pengangkutan itu berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.

Tahun lepas, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada King Sing untuk aktiviti MCA.

Ketika itu, Tee Keat adalah Presiden MCA, manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.

Tee Keat yang kalah kepada Soi Lek dalam pemilihan MCA membuat kenyataan di atas kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop" anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn. Bhd. di Putrajaya semalam.

Malaysiakini

Comments