SOKONG MCA PERLU KELUAR BN?

Mengikut perkembangan terkini keputusan pola pengundian kaum Cina di Parlimen Hulu Selangor amat menakutkan BN yang diketuai oleh UMNO untuk melihatnya. Pengundi kaum Cina dikatakan dalam kumpulan yang amat membahayakan BN manakan tidak apabila lebih kurang 75% jumlah pengundi Cina masih kekal dan telah mengundi calon Pakatan rakyat. Mod 75% ini lebih baik dari PRU12 yang lalu dan jika keadaan ini berterusan dalam PRU13 akan datang tentulah keadaan BN akan menjadi tenat jika pola pengundi Cina di setiap DUN dan Parlimen seluruh Malaysia pada tahap sokongan kepada PR pada tahap 75% dan tidak mustahil Malaysia akan dikepalai oleh Pakatan Rakyat pula.

Dalam piliharaya Hulu Selangor ini BN kehilangan hampir 30% undi dikalangan pengundi Cina berbanding PRU 12 yang lalu. Ini diburukkan lagi dengan masalah dalaman MCA sendiri yang masih berpuak-puak menyebabkan kerja mendekati pengundi Cina masih ditahap yang paling minimum. Fenomena ini menyebabkan PM terseksa dalam menang kerana dalam fikiran beliau jika fenomena pola pengundi Cina di kawasan lain jugak berubah 30% kepada PR, nescaya BN akan kehilangan majoriti 2/3 dan tidak mustahil beliau sendiri akan terpelanting dari Putrajaya dan balik kampung ke Pekan Pahang jika PR benar-benar menguasai kerusi yang cukup untuk memerintah Malaysia. Maka akan hilanglah perkataan 1Malaysia dan kempunanlah Rosmah untuk meneruskan program Permatanya yang menelan belanja RM100 juta setahun itu.

Jika MIC telah menjadi barangan gadaian BN maka MCA pula menjadi taruhan hidup mati UMNO dan BN. UMNO akan terus memberi muka kepada Chua Soi Lek demi kepentingan mendapatkan undi kaum Cina tetapi dengan pergolakan dalaman yang semakin meruncing maka tidak mustahil MCA akan berpecah dan seterusnya menyertai PR untuk sama-sama menggulingkan BN yang dikepalai UMNO. Sudahlah kerusi Yang Di Pertua Dewan Negara diserahkan balik kepada UMNO maka apa lagi yang ada pada MCA, hanya ada video sensasi untuk tatapan generasi akan datang. MCA kini hanya pada nama tetapi hakikatnya majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan kepada PR.

Putera Melaka.

Comments