SOI LEK TAK SEDAR DIRI

Presiden MCA memberikan pelbagai alasan mengapa MCA 'kalah' teruk pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu.

Antara alasan yang beliau berikan ialah Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim merupakan individu terkenal memandangkan beliau ialah bekas menteri dan berpandangan liberal.

Keduanya, faktor perpecahan di kalangan anggota bahagian MCA di Hulu Selangor iaitu perbalahan pucuk pimpinan baru dan lama turut membuatkan pengunci Cina beralih arah kepada pembangkang.

Faktor ketiga katanya, adalah disebabkan kenyataan-kenyataan sensitif yang dibuat oleh pemimpin tertentu seperti soal kerakyatan dan kematian Teoh Beng Hock yang menggambarkan kononnya kerajaan adalah zalim.

Keempat ialah kerana kesedaran masyarakat Cina dalam isu-isu politik yang berlaku di sekeliling mereka semakin tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Pelantikan Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri Johor 2010/2011 di Wisma MCA di Johor Baharu semalam.

Namun Soi Lek terlupa atau buat-buat lupa bahawa beliau juga adalah liabiliti kepada MCA dan BN kerana kes videonya dahulu.

Comments