Santa Klaus sudah turun ke Hulu Selangor. Seperti juga pada Pilihanraya Umum dan Kecil sebelum ini Santa Klaus akan berjanji untuk memberikan apa sahaja kepada rakyat di kawasan yang berpilihanraya tersebut. Hanya emak dan ayah sahaja yang mereka tidak mampu beri, yang lain semuanya mereka boleh berikan asalkan rakyat menyokong BN
Saya hairan dan pelik dengan sikap dan tindakan pemimpin BN yang tidak serik-serik walaupun tewas di semua pilihanraya kecil selepas PRU 12 kecuali di Batang Ai dan Bagan Pinang, namun mereka sedikit tidak insaf. Perangai dan sifat buruk mereka umpama Santa Klaus yang turun ke kampung dan desa berjanji untuk memberikan ole-ole kepada orang kampung. Sedangkan sebelum ini batang hidung mereka pun tidak nampak.
Lebih malang lagi janji-janji Santa Klaus ini banyak yang tidak ditunaikan lebih-lebih lagi kalau mereka tewas pada Pilihanraya tersebut. Sebelum keputusan rasmi diumumkan mereka telah cabut lari balik ke Kuala Lumpur dan rumah-rumah masing-masing kerana dan takut rakyat menuntut apa yang mereka janjikan.
Cara mereka berpolitik tidak pernah berubah dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Kalau di era 50-an dan 60-an mereka berjuang dan berkempen dan politik pembangunan kini mereka masih mengamalkan cara politik yang sama. Mereka bertindak bagaikan Santa Klaus keluar masuk kampung membuat pelbagai janji.
Saya sangkakan corak politik mereka di Hulu Selangor telah berubah kerana seringkali sebelum ini namun sangkaan saya meleset. Orang nombor 2 dalam BN, awal-awal menabur janji untuk membina empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.
Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.
Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.
Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.
Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.
Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.
Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.
Namun begitu saya yakin pengundi Hulu Selangor tidak termakan dengan politik pembangunan ala Santa Klaus ini kerana mereka faham memang kewajipan kerajaan membuat pembangunan untuk rakyat. Selain itu pengundi di sini juga sudah faham bahawa hasrat kerajaan BN untuk membuat projek tersebut hanya disebabkan adanya pilihanraya bukannya sebab lain.
Ini semua adalah rasuah politik yang sudah menjadi darah daging BN.
Comments