RAKYAT PERAK BOSAN DENGAN PR, KALAU BEGITU BUBARKAN DUN

Utusan Meloya hari ini melaporkan bahawa rata-rata rakyat Perak mengaku semakin bosan dengan sikap pembangkang yang terus menimbulkan kekecohan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Akhbar pembohong dan kaki fitnah itu menemuramah 4 orang rakyat Perak yang semuanya kecewa dan marah kepada PR. Semua mereka sependapat bahawa mereka bosan, kecewa, malu dan bengang dengan PR yang dikatakan membuat kecoh di Dewan.
Jadi kalau begini keadaannya di mana 100 % rakyat Perak ( 4 orang ditanya semuanya benci pada PR) saya yakin sudah sampai masanya Kerajaan 'Perompak' Perak membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri.
Saya cadangkan DUN ini dibubarkan serta merta supaya semua ADUN PR yang membuat kecoh itu dikalahkan pada Pilihanraya baru itu nanti. Selepas itu nanti 100 % ADUN adalah dari BN. Maka senanglah BN hendak memerintah PR.
Bukan itu sahaja jika 100% rakyat Perak sudah meluat kepada PR saya yakin semua calon PR akan tewas dan hilang deposit.
Maka apa tunggu lagi Zambry bubar DUN sekarang biar padan muka Nizar, Ngeh dan Nga.
Persoalannya ..............ADA BERANI KA?

Comments