Pakatan Rakyat berjaya menawan kerusi Parlimen sebaliknya Barisan Nasional mengekalkan status quonya di ketiga2 kerusi DUN, N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Bharu dan N07 Batang Kali.
Majoriti yang diperolehi di ketiga-tiga DUN ini berjumlah 6176 undi. Sebaliknya di peringkat Parlimen PR masih berupaya memenanginya dengan majoriti yang sangat tipis 198 undi.
Saya akan cuba berkongsi pendapat dan menganalisis keunikan ini dengan menumpukan kepada prestasi PR dan BN di 3 DUN ini pada pilihanraya ke12 yang lepas dan membandingkannya dengan prestasi mereka pada peringkat Parlimen. Akhirnya, beberapa rumusan dan persoalan secara kasar akan cuba digali keluar untuk mendapatkan sudut pandangan tentang bagaimana strategi harus digunakan.
N.05 Hulu Bernam
Bangsa Jumlah Pengundi %
Melayu 11880 67.7, Cina 3018 17.2, India 2456 14, Lain-lain 195 1.1
Jumlah 17549
Keputusan:
BN - 7985; PAS - 4435; % Keluar Mengundi: 72.59; Undi Rosak : 318 (2.5%)
Majoriti : 3459
N.06 Kuala Kubu Bharu
Bangsa, Jumlah Pengundi %
Melayu 5882 32.3; Cina 8286 45.5; India 3915 21.5; Lain-lain 129 0.7 ; Jumlah 18083 Keputusan:
BN - 6555; DAP - 6107; % Keluar Mengundi: 72.54; Undi Rosak: 549 (4.1%)
Majoriti : 448
N.07 Batang Kali
Bangsa, Jumlah Pengundi %
Melayu 16532 59.4; China 5649 20.3; India 5538 19.9; Lain-lain 113 0.4; Jumlah 27832
Keputusan :
BN - 11724; PKR - 9545; % Keluar Mengundi : 77.87; Undi Rosak : 404 (1.8%)
Majoriti : 2179
P094 Hulu Selangor
Bangsa, Jumlah Pengundi %
Melayu 34302 53.94; Cina 16960 26.67; India 12069 18.98; Lain-lain 269 0.4
Keputusan :
BN - 22979 ; PKR - 23177; % Keluar Mengundi : 74.89; Undi Rosak : 1466 (2.3%)
Majoriti : 198
Analisis dan Persoalan
- Peratusan keluar mengundi
- % keluar mengundi di peringkat Parlimen (74.89%), lebih tinggi berbanding kadar purata 3 DUN (74.3%).
- % keluar mengundi di Batang Kali 77.87% jauh mengatasi % keluar mengundi di Hulu Bernam (72.59%) dan Kuala Kubu (72.54%).
- Terdapat perbezaan agak ketara antara ketiga-tiga DUN ini dan Parlimen.
- Terdapat 280 pengundi yang memangkah di kertas undi DUN tetapi tidak berbuat demikian di peringkat Parlimen.
Kemenangan BN di Hulu Bernam tampak meyakinkan.Adakan faktor ini menjadi sebab mengapa % keluar mengundi lebih rendah berbanding DUN lain.
B. Undi Rosak
- Undi rosak amat tinggi di kawasan yang tidak ditandingi oleh calon Melayu.
- Purata undi rosak pada peringkat 3 DUN adalah 2.67% (1271 undi).
- Kuala Kubu Bharu - 4.1%
- Batang Kali - 1.8%
- Hulu Bernam - 2.5%
- Parlimen Hulu Selangor - 2.3%
- Jumlah undi rosak di Parlimen Hulu Selangor pada PRU11 2004 (tidak dilampirkan) adalah 1406. Ia agak konsisten dengan jumlah yang diperolehi dalam PRU lepas iaitu 1466.
- Adakah konsistensi undi rosak ini kebetulan? Calon BN pada PRU 2004 dan PRU 2008 adalah calon yang sama dari parti yang sama (MIC).
- Jumlah undi rosak di Parlimen adalah lebih tinggi dari jumlah undi rosak di seluruh 3 DUN :
Parlimen - 1466 undi
3 DUN - 1271 undi
- Kumpulan manakah yang membentuk % undi rosak yang tinggi di Kuala Kubu sedangkan corak sosio ekonomi dan lokasi Dun ini lebih bersifat sub-bandar berbanding Hulu Bernam?
C. Undi Popular dan perkaitan dengan % pengundi Melayu.
1. Terdapat perkadaran langsung yang yang konsisten antara % undi popular yang diperolehi BN dengan % pengundi Melayu, dengan kekecualian di Kuala Kubu Bharu:
Batang Kali - % Melayu - 53.94%
% undi popular BN - 48.25; Beza - 5.6%
- % undi popular BN - 62.8%; Beza - 4.9%
P094 Hulu Selangor - % Melayu - 53.94%
Kuala Kubu Bharu - % Melayu - 32.3%
- % undi popular BN - 49.6%
3. Jika perkadaran langsung ini juga relevan untuk kes di Kuala Kubu Bharu, bermakna dari 49.6% undi popular BN, 25%-27% adalah datang dari pengundi Melayu (32.3% - 5%). Ini juga bermakna sekitar 50%-54% kemenangan BN di sini disumbang oleh pengundi-pengundi Melayu.
Purata undi popular DUN
3 DUN BN - 55.43%; PR - 41.7% ;
Undi Popular Parlimen
BN - 48.25%; PR - 48.66%
Perbezaan sebanyak lebih 6000 undi ini amat penting untuk digali keluar. Sebab dan faktor mereka beralih arah harus dikenal pasti.
Saya berpendapat kecenderungan ini besar kemungkinan berlaku di tempat campuran khususnya di Kuala Kubu Bharu. Di sini terdapat tanda-tanda protes seperti:
- % keluar mengundi yang lebih rendah dari purata DUN keseluruhannya.
- % undi rosak yang jauh mengatasi kadar purata DUN keseluruhannya dan Parlimen. Dengan latar penduduknya yang lebih baik dari sudut sosio ekonominya tidak mungkin % undi rosaknya terlalu menjolok mata.
Protes boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk. Tidak keluar mengundi, merosakkan kertas undi, tidak memulangkan kertas undid an sebagainya.
Lain-lain Pola dan Pendekatan
- Pola sosio ekonomi di P904 adalah pelbagai. Terdapat kawasan-kawasan perindustrian dan kampung tradisi Cina di sekitar Kuala Kubu dan Batangkali. Sedangkan di Batangkali itu di kelilingi taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Di Hulu Bernam di mana 67% penduduknya adalah Melayu, terdapat beberapa tanah rancangan pertanian.
- Saya berpendapat kepelbagaian strategi harus digunakan bergantung kepada kepelbagaian suasana. Tidak seharusnya terlalu bergantung kepada kaedah tradisi,ceramah.
- Pengalaman yang lepas menunjukkan pengundi-pengundi Melayu tidak begitu melihat kepada isu yang diutarakan dalam ceramah-ceramah. PRK Bagan Pinang, Bukit Gantang ataupun Bukit Selambau membuktikannya. Misalnya di kawasan majoriti Melayu dan kurang terbuka seperti Air Kuning (Bukit Gantang) dan Batu Belacan (Bukit Selambau, hampir tiada pertambahan undi yang diperolehi. BN sebaliknya berjaya merampas kembali kemenangan di UPU Bt Belacan dan pekan Bukit Selambau.
- Ceramah-ceramah kempen dan penerangan lebih sesuai dikawasan Bandar atau sub-bandar.
- Barangkali pendekatan yang lebih untuk menarik undi Melayu, saya perturunkan mengikut susunan kepentingan:
- kebajikan dan personal touch : Inilah sebabnya terdapat senggang masa 2 minggu sebelum hari penamaan calun. Sebaliknya tempoh berkempen hanya seminggu. BN mempergunakan tempoh ini dengan 2 maksud, secara khusus untuk menyejukkan hati sekelompok pemimpin tempatan (dan penyokongnya) yang bercakaran soal calon; dan membeli budi.
- defensive : mempertahankan dakwaan liar BN terhadap isu-isu semasa
- offensive : Isu yang dekat dengan masyarakat Melayu. Contohnya, penyelewengan Felda boleh membuka mata orang-orang Melayu khususnya generasi ke-2. Kurangkan over kill, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan Isa Samad di Bagan Pinang menjadi bukti serangan peribadi yang keterlaluan boleh menjadi senjata makan tuan. Fokus hanya pada isu dan agenda.
- Ada pendapat yang mengatakan prk ini penentu corak pemikiran rakyat pada PRU13 yang akan datang. Saya berbeza pendapat dalam hal ini. Signikannya kepada kestabilan suara pembangkang di Parlimen, mungkin. Justeru itu ia tetap penting. Tetapi untuk mencorak pola pemikiran dan pegangan ideologi rakyat, saya melihatnya sebagai peluang untuk mematangkan PR sebagai suatu kesatuan yang unik. Ia juga peluang untuk setiap individu jentera PR memperkenalkan kepada rakyat, anjakan paradigm yang melihat politik bukan berasaskan kaum tetapi soal prinsip yang benar dan adil. Antara menang dan pengalaman, seharusnya atas nama perjuangan, kita mahukan kedua-duanya.
Just my 50 cents
Oleh : Nor Effendy Abdul Kadir
Comments
selamat datang ke Hulu Selangor!