PRK HULU SELANGOR : PR DAN BN YAKIN MENANG?

BN dan PR nampaknya sama-sama yakin akan menang di Hulu Selangor. Masing-masing ada kerajaan. PR ada kerajaan negeri dan BN ada kerajaan pusat.

BN sudah pasti akan 'memperkosa' jabatan-jabatan kerajaan untuk tujuan meraih undi sebanyak mungkin. Manakala PR sudah tentu akan berpegang teguh kepada prinsip tidak akan menggunakan wang rakyat dan kemudahan awam untuk kepentingan parti.
Namun begitu semua orang sudah tahu bahawa program-program anjuran kerajaan negeri sudah banyak memberikan kesejahteraan kepada rakyat negeri Selangor. Rakyat sudah pasti sudah membezakan pemerintahan PR dan BN di zaman dahulu.
Pertamanya mereka sudah dapat menilai keikhlasan pimpinan PR yang jelas tidak membina kekayaan dengan menjadi pemimpin di negeri paling kaya di Malaysia ini. Berlainan dengan pimpinan BN yang mempunyai rumah berharga puluhan juta, kereta menjalar dan macam-macam lagi.
Rakyat juga sudah dapat merasai nikmat di bawah pemerintahan PR dengan program kebajikan dan kesejahteraan rakyat seperti air percuma, wang bantuan untuk pelajar cemerlang, skim-skim bantuan dan sebagainya. Semuanya akan dinilai oleh rakyat.
...................lain kali cerita lagi

Comments