PRK HULU SELANGOR : 'PERKASAM' PENGECUT DAN 'HAMPEH'

Mana perginya 'Pejuang Melayu Tulen' Perkasam di saat kepentingan orang Melayu di Hulu Selangor diperkotak katik oleh pemimpin melayu Umno.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor yang sewajibnya ditandingi oleh Orang Melayu digadaikan oleh Pemimpin MElayu Umno kepada MIC. Mengapa Presiden Perkasam, Ibrahim Ali mendiam diri sunyi sepi tanpa sepatah perkataan pun mencaci tindakan pemimpin Melayu Umno yang terang-terang menggadaikan kepentingan Melayu.

Terbukti Perkasam menjadi kuda tunggangan Umno. Apa sahaja perbuatan pemimpin Umno dipersetujui oleh Perkasam walaupun kepentingan Melayu digadai.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor ini tidak pernah ditandingi oleh orang Melayu sejak PRU pertama walaupun orang melayu adalah pengundi majoriti di sana.

Saya cadangkan mulai sekarang Perkasa ditukar nama menjadi PERKASAM sebab pengecut dan penakut untuk membela kepentingan Melayu di Hulu Selangor.

Comments

azreen said…
bila umno nk letak calon melayu pakcik putarligat cakap BN x respek MIC..tapi pakcik putarligat sibuk kondem pulak umno n perkasa..

p/s- perkasa bukan pertubuhan politik pakcik..
Anonymous said…
Belum jadi pekasam lagi tapi dah hampirlah tu. Paling tidak jadi budu.
klukKlek prison said…
hahaha...politik²...haritu ko kata kalo BN tu 1Malaysia letak la mana² calon..mesti orang sokong...sbb semangat 1Malaysia...skang orang letak MIC..aik..
ko plak lebih²...kata mana hilang semangat melayu...orang melayu digadaikan......

emmm....MAINAN POLITIK KOTOR la demo.....kluk klek....kecek xrajin betol.....
*xyah approve xpe komen ni....sbb aku tau...ko memang jenis yang xtelus...tapi xpe..aku berdoa dan harap...orang² kita akan bersatu lepas nih....bukan bersatu kerana parti..tapi kerana agama...tapi perlu igt..kalu nk bersatu jganlah kita wat sikap kluk klek.....